BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 24, 2013

apa yang kau tahu?

apa je yang kau tahu?

adakah kau tahu?
betapa jalan hidupku berliku
betapa rapuhnya hatiku
betapa langkah kakiku kaku
betapa aku xmampu

apa yang kau tahu?

adakah kau tahu?
jatuhku sekurun, bangunku seminggu
sakitku tenat, pulihku semampu

adakah kau tahu?
betapa peritnya ku menanggung
betapa sakitnya ku bertahan
betapa pedihnya ku rasakan

apa yang kau tahu?

kau hanya tahu
mungkin senyumanku terukir
mungkin bicaraku menggambarkan bahagia
mungkin tingkah ku gembira
mungkin kau rasa aku bahagia

sejujurnya,
apa sahaja yang kau tau?

Saturday, November 23, 2013

tali

rapuh
walaupun masih baru
namun lemah
xtahu seberapa lama mampu bertahan

orang kata
jangan dipegang tali itu
ia xmampu menaggung semua ini
percaya hanya sia-sia

namun aku
masih mencuba
meletak setia
menggenggam percaya

bersama doa
ku kirim harapan
ku simpul redha
tawakal

Wednesday, November 20, 2013

sampah

kau ajar aku
impian itu bakal nyata
cuma
entah bila

aku pula
setia menghitung detik
tanpaku sedar
segalanya sia-sia

masa itu sudah tiada guna
erti itu sudah tiada rasa

tawar 
pahit
bila janji itu tidak akan terkota

hampir aku kembali percaya
namun xmampu tertipu
xtertanggung rasa didusta

kini terasa
kurun itu lebih sebentar
esok itu terasa lama

sampah
ini semua sampah
tidak berguna
tiada apa


Monday, November 4, 2013

uji

menguji?
atau diuji?

kadang2 dlm ketidakpastian
jalan hidup yg semakin sukar
memori yg tercipta terlalu indah utk ditinggalkan
rasa cuak
gerun
lebih kpd takut
segalanya hilang dlm perjalanan ini

terlalu syg
mungkin penyebab utama

entah hari ini
entahkan esok
ataupun lusa

hilang
bakal hilang
mungkin hilang

buat la segala ujian ini
tabahlah bila diuji
ujilah diri ini

asalkan diri ini berani
terus melangkah
mencipta memori

Thursday, August 29, 2013

manusiakah aku?

bile terdengar berita,
saudara mara Islamku ditimpa musibah disana,
aku disini turut merasa,
perit sakit sedih didada,
hanya mampu membantu dalam doa..
agar mereka merasa aman di sana,
agar dipermudahkan segalanya,
cukup manusiakah aku??










Friday, August 16, 2013

cerita kita tak sama

Jalan hidup seseorang xpernah sama sejak kita dilahirkan lagi..mungkin seseorang tu dilahirkan di rumah, dalam lif ataupun mungkin dalam ambulans. xsemua berjaya lahir dengan seronoknye di dalam wad yg dikelilingi doktor dan nurse, di atas katil yang berwarna putih ye..



Cara kita membesar pun xsama sebenarnya. yang bertuah, ada keluarga kaya, bolehla bersenang lenang.. yang biasa2 je kna la idup bese2 je..ada ayah yang garang, ada yg boleh dibuat kawan..ada mak yang pandai masak, ada mak yg asyik bwk blk KFC ke mkn nasi bungkusr ari2 pn ada gak..


Bila da besar sket kita mula la nk ubah takdir yg dlunyer org yg decide tuk kita.. Mula2 Allah yg decide kiter ni dari rahim ibu mane dalam erti kata lain, Allah yang pilih keluarga tuk kita.. bila da lahir, keluarga plak yg pilihkan tuk kita.. Sekolah mane kite pergi, Baju mane perlu kita pakai, cara mane kita perlu ikut.. Tapi bile da besar kita mula nk ada pilihan kita sendiri.

kita mula dengan nk pilih kawan2 sndiri, baju sendri, lauk kegemaran sendri..pastu mula nk idam yang besar2... dari jam tangan, kepada beg, kepada motorsikal, skuter atau kereta..

pastu mula pilih jurusan universiti sendiri..nk smbung blaja atau nak keje..pastu mula nk pilih kerja sendiri..kesimpulannyer sume nk sendri la..

tibe2, setelah begitu lama pilih sendri, lupe plak sume benda xley pilih sendri..sesetengah benda perlukan kebenaran dari ibu n ayah gak rupenye..

contoh??

"ley x kalo nk amik kos ni?"
"xley, t kna keje shift..ssh kalo dpt shift mlm..raya pn kna keje..tukar la kos len.."

"ley x kalo nk bli skute?
"xley..bhya tau bwk motor skang ni..bnyk accident. t kna ujan cne?

"dy ok x?"
"x ok..dy sebaya, susah.."

Sebenarnye keputusan bukanlah 100% di tangan sendri..sebab diri sendri xmkn garam banyak sgt cam dorg..sebab diri sendri xpernah buat ramalan tuk masa hadapan sendri.. sebab keputusan diri sendri tu lebih bnyk salahnyer dr kptsn org len..

Kesimpulannya, ikut la kata orang sebab kata orang tu lagi berharga dan lebih elok untuk diri sendri..apa je yg kita tau..

bak kata Rabbani- "APA YANG KAU TAHU?"


Wednesday, July 31, 2013

EXCO INFORMASI,PENERBITAN & MULTIMEDIA KOLEJ KEDIAMAN MELATI SESI 2012/2013






ALHAMDULILLAH

 Selama hampir 2 tahun saya memegang posisi ini..Ya, terlalu banyak pengalaman suka duka, pahit manis, masam, kelat, masin, semua ada..Bukan mudah untuk memegang tanggungjawab.. Lebih sukar untuk bertahan dalam tekanan atas dasar tanggungjawab..

Kolej Melati?? Kolej kediaman Melati adalah salah satu kolej kediaman UiTM Shah Alam yang terletak bersebelahan Dataran Cendekia (DC) dan berhadapan dengan Menara S&T. Nak tau lebih lanjut?? Silalah klik link ini.. Secara dasarnya, Kolej Melati ini adalah kolej kediaman terbesar di UiTM Shah Alam (sama besar dengan kolej Mawar).

Sebagai salah seorang JPK Melati bersama 19 org yang lain, kami memikul tanggungjawab ala MPP peringkat kolej la gamaknyer..Oit, Bukan mudah kot.. Buat program, pegi program, segala ceruk diredah tuk kursus, segala aktiviti dirempuh..

Pengalaman?? Uisy, berbilion2 kot.. Dari laptop tu ada media player je, skang ni da advanced da sampai kmplayer,vlc,realplayer,winamp n sgalanyer ada..so xde la kisah video xley play kan..Dari pk "ok je kot microsoft 97" terus bertukar camni "kena upgrade microsoft a.s.a.p..da kuno sgt ni"..dulu langsung x explore adobe photoshop, skang ni macam ilmu wajib ada plak asenyer..

Itu cuma pengalaman langsung.. Secara indirect, ada org kata kat saya,

"Untungla g Tioman free, g Cameron free"
"Ko penah wat water rafting?"
"Bile plak ko g men paintball ni?"
"Bestnyer dapat dinner kat INTEKMA free.."
"Malam ni ko mkn free kan??"
"Lupa plak ko ada program, mst ko da mkn kan?"
 n etc..etc..etc..

 Tapi..tapi..
Yang "TAPI" biar sy simpan dlu k.. :)


Monday, July 22, 2013

Bila perlu
Kau ada
Peneman kala sunyi
Penghibur kala duka
Penglipur kala sepi
Yang setia tika gembira
Yang ada kala suka..

Bukan mudah mencari yang satu
Lebih sukar menjadi yang tunggal itu

Hanya hati yang mengerti
Hanya perlakuan menjadi bukti
Hanya perasaan menjadi hadir

Kekalkanlah rasa ini
Agar diri mampu mengerti
Yang hujan akan berhenti
Lalu mucul si Matahari
Membawa cahaya
Menerangi...

SALAM RAMADAN


Sunday, June 23, 2013

dwihati

Dirimu bagaikan
Sebuah lukisan
Penuh warna
Penuh seni
Tak layak ku miliki

Jangan kau berpura
Engkau juga sama
Membuat aku rasa tenang
Hatiku kau miliki

Dengarkan gurindam
Inilah lagu cintaku padamu
Andainya
Ku hilang
Biarlah lagu ku jadi temanmu

Diantara kita
Suka sama suka
Aku pasti kau punya hati
Ingin bersama jua

Oooo

Tidak semestinya
Semua cerita cinta
Kan berakhir sesempurna
Seperti kita impikan

Dengarkan gurindam
Inilah lagu cintaku padamu
Andainya
Ku hilang
Biarlah lagu ku jadi temanmu

La la la la
La la la la

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/04/lirik-lagu-dwihati-yuna-aizat-amdan.html#ixzz2X6ablZRk

Thursday, June 20, 2013

stay-miley cyrus

Well, it's good to hear your voice
I hope you're doing fine
And if you ever wonder,
I'm lonely here at night
I'm lost here in this moment and time keeps slipping by
And if I could have just one wish
I'd have you by my side

Oh, oh I miss you
Oh, oh I need you

And I love you more than I did before
And if today I don't see your face
Nothing's changed, no one can take your place
It gets harder everyday

Say you love me more than you did before
And I'm sorry it's this way
But I'm coming home, I'll be coming home
And if you ask me I will stay, I will stay

Well, I try to live without you
The tears fall from my eyes
I'm alone and I feel empty
God, I'm torn apart inside

I look up at the stars
Hoping you're doing the same
And somehow I feel closer and I can hear you say

Oh, oh I miss you
Oh, oh I need you

I love you more than I did before
And if today I don't see your face
Nothing's changed, no one can take your place
It gets harder everyday

Say you love me more than you did before
And I'm sorry that it's this way
But I'm coming home, I'll be coming home
And if you ask me I will stay, I will stay
Always stay

I never wanna lose you
And if I had to I would choose you
So stay, please always stay
You're the one that I hold onto
'Cause my heart would stop without you

I love you more than I did before
And if today I don't see your face
Nothing's changed, no one can take your place
It gets harder everyday

Say you love me more than you did before
And I'm sorry that it's this way
But I'm coming home, I'll be coming home
And if you ask me I will stay, I will stay
I'll always stay

And I love you more than I did before
And I'm sorry that it's this way
But I'm coming home, I'll be coming home
And if you ask I will stay, I will stay
I will stay

Monday, June 17, 2013

pahit

pahit
itu bukan alasan
bukankah yang pahit itu ubat?
adakah benar pahit itu penyelamat?

adakah rela
diri dibuai enak
bukankah yang manis itu kekad
ang racun?
adakah segala yang manis itu halal?

Ya Allah,
ku serahkan hatiku kepadaMu
ku hadiahkan sayangku
ku berikan harapanku
hanya untukMu

kerana ku percaya
Kaulah sebaik2 penjaga untuk hatiku
Kaulah yang paling layak menerimanya
dan Kaulah yang menentukan qada dan qadarku




Monday, June 10, 2013

TERIMA KASIH

yang patah
telah tumbuh

yang hilang
sudah terganti

yang rosak
telah terbaiki

yang pilu
kini tersenyum

yang sabar menanti
kini telah diperolehi

tiada duka yang abadi
hanya ujian melanda sesekali
jangan risau bakal diganti
InsyaAllah, itu pasti
yang penting,
sabar dihati

:)

Saturday, April 27, 2013

yang lalu

terkadang
hati terdetik
teringat bukan terkenang
yang lalu

yang lalu itu
masih ada
selalu
sentiasa
memori

walau langkah telah kejauhan
walau nafas telah hilang lelah
walau hati sudah terubah
namun
yang lalu itu
masih ada rasanya

mungkin
diri xmampu melupakan
membina impian dari kenangan

maaf
kini
segalanya hanya memori
yang lalu itu bukan lagi bakal masa depan
kini adalah segalanya
dan kini adalah lebih bermakna

Friday, March 29, 2013

kebal

sejak menjak ni diri mnjd kebal..brani nk pk out of box..brani wt kelainan..n yg plg ekstrem, berani tuk menegakkan diri sendiri..
org nk sembur ke, org nk basuh ke, da xheran da..bia la ape org nk kata..da xder effect da..
yang pasti ati ni da kebal..xder makna nk touching, xder makna nk sedu sedan..

kalo betul tu silap, sy minta maaf
kalo betul tu slh faham, sy mnta maaf
kalo betul ini hanya kesilapan, sy maafkan

manusia, salah dan silap tu biasa..


Wednesday, March 27, 2013

timbang rasa..

- siapa je yg tahu sy xley tido dgn lagu terpasang??
ironinya, sy ok je kalo bising, tp xley kalo berlagu..sbb sy bakal menumpukan tumpuan pada alunan tu tapi xdpt nk tdo..

- siapa je yg tahu sy xley tido kalo lampu kalimantang terpasang??
ironinya, sy ni bdk silau..t mata xley nk terima kecerahan lampu tu..tp kalo mmg da siang, ok je..

- siapa je yg tahu sy ni xbley mkn tanpa kuah??
ironinya, t sy mkn je sume benda

- siapa yg tahu sy ni xsuka brg org diletak di tempat sy??
ironinya, sy takut kekeliruan berlaku n maybe tempat sendiri akan bersepah-sepah dgn brg yg diklasifikasikan sbg "unknown"

- siapa yg tahu sy ni amat mementingkan penjagaan barang??
ironinya, sy masih boleh bertoleransi tuk bg org pnjm brg sy wlpn penjagaannya amat diragui..ksg2 guna printer xtutup, xmnx permission, men serbu tau2 printer da bunyi..

sbg manusia, ada benda yg boleh ditimbang rasa...mungkin dy ngh nk dgr lagu xpasan sy ngh tdo..mgkn dy nk wt keje sbb tu bkk lmpu..mgkin dy xsmpt sndukkan kuah tuk sy..mgkin tmpt dy pn da penuh ngn brg2 dy sndiri..n mngkin urgent sgt smpi lupa nk shut down..

TIMBANG RASA..ada org ke nk bertimbang rasa ngn sy??

di saat ni, berhentilah mengharap.. InsyaAllah diri xkecewa teruk sgt.. :O

Saturday, March 9, 2013

memilih untuk mencuba

xsalah kalo mencuba
walau untuk ke sekian kalinya
walau bkn dengan entiti yang sama

mengalah untuk berharap bknlah pilihan yang baik
bila dipilih oleh yang lain
apa salahnya mencuba untuk menerima
memilih untuk rasa terpilih

takdir itu indah
rahsia Allah jangan diduga
anda ada hikmah, siapa tahu
andai itu musibah, mungkin ujian

memilih untuk mencuba
sesuatu yang baru belun tentu teruk
sesuatu yang lama belum tentu elok..

Friday, January 4, 2013

tabahlah

sendiri
tahun ini, itu pelajaran pertama..
terasa kosong itu ada
tapi kan
bukankah sepatutnya ia cukup?

yup..
cukup..
melangkah kehadapan
tanpa membawa sebarang beban
hanya Allah dan keluarga sebagai peneman
hanya doa sebagai iringan
hanya memori sebagai ingatan

namun hati ini terasa sakit
tak mampu rasanya
melangkah sendirian

akal pula berkata
mampu atau tidak bukan alasan
langkahan itu wajib
biarlah sakit sampai ke hujung
asalkan tidak berhenti meraung
meratap itu haram

pesan akal pada hati
sabarlah
yang luka akan sembuh
yang sakit akn terubat
yang hilang akan berganti
InsyaAllah

jawab hati
tiada apa-apa lagi yang tinggal
termasuklah sesal

Wednesday, January 2, 2013

semangat 2013

selepas seharian memikirkan langkah yang terbaik, so ni lah harapan 2013

~ lebih tabah
~lebih kuat
~lebih semangat
~lebih kental

~kurangkan tidur
~kurangkan makan
~kurangkan malas..

:)