BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 24, 2013

apa yang kau tahu?

apa je yang kau tahu?

adakah kau tahu?
betapa jalan hidupku berliku
betapa rapuhnya hatiku
betapa langkah kakiku kaku
betapa aku xmampu

apa yang kau tahu?

adakah kau tahu?
jatuhku sekurun, bangunku seminggu
sakitku tenat, pulihku semampu

adakah kau tahu?
betapa peritnya ku menanggung
betapa sakitnya ku bertahan
betapa pedihnya ku rasakan

apa yang kau tahu?

kau hanya tahu
mungkin senyumanku terukir
mungkin bicaraku menggambarkan bahagia
mungkin tingkah ku gembira
mungkin kau rasa aku bahagia

sejujurnya,
apa sahaja yang kau tau?

Saturday, November 23, 2013

tali

rapuh
walaupun masih baru
namun lemah
xtahu seberapa lama mampu bertahan

orang kata
jangan dipegang tali itu
ia xmampu menaggung semua ini
percaya hanya sia-sia

namun aku
masih mencuba
meletak setia
menggenggam percaya

bersama doa
ku kirim harapan
ku simpul redha
tawakal

Wednesday, November 20, 2013

sampah

kau ajar aku
impian itu bakal nyata
cuma
entah bila

aku pula
setia menghitung detik
tanpaku sedar
segalanya sia-sia

masa itu sudah tiada guna
erti itu sudah tiada rasa

tawar 
pahit
bila janji itu tidak akan terkota

hampir aku kembali percaya
namun xmampu tertipu
xtertanggung rasa didusta

kini terasa
kurun itu lebih sebentar
esok itu terasa lama

sampah
ini semua sampah
tidak berguna
tiada apa


Monday, November 4, 2013

uji

menguji?
atau diuji?

kadang2 dlm ketidakpastian
jalan hidup yg semakin sukar
memori yg tercipta terlalu indah utk ditinggalkan
rasa cuak
gerun
lebih kpd takut
segalanya hilang dlm perjalanan ini

terlalu syg
mungkin penyebab utama

entah hari ini
entahkan esok
ataupun lusa

hilang
bakal hilang
mungkin hilang

buat la segala ujian ini
tabahlah bila diuji
ujilah diri ini

asalkan diri ini berani
terus melangkah
mencipta memori