BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 31, 2012

2012

tahun ni adalah tahun yang paling banyak pengalaman..jatuh bangun seorang manusia yang biasa..banyak perkara yang telah dipelajari..tahun ni boleh dikatakan tahun yang paling mahal sekali sampai tiada ternilai..belajar tuk menjadi seorang manusia yang luar biasa dalam sesi pembelajaran yang sangat unik..

2012..semakin meninggalkan..segalanya akan menjadi memori..kenangan..


Wednesday, December 26, 2012

melawanlah..

peperangan itu menakutkan..
pasti ada yang kalah
tapi mesti ada yang menang

tuk kputusan itu
melawanlah
bertarunglah hingga ke penghabisan
berjuanglah selagi mampu

selagi ada waktu
selagi masih mampu..

Tuesday, December 18, 2012

untuk awk

awak..
bukan mudah bagi saya..
namun cara awk
cukup meyakinkan saya
inilah langkah yang terbaik..

terima kasih untuk segalanya
:)

Thursday, December 13, 2012

flashback

dr kejauhan hati ini menyukainya
tanpa sedar hati ini mula ingin mendekatinya

tiada diduga perkenalan itu bermula
dengan pengalaman yang tidak tersangka
dengan hati yang sangat berbunga-bunga

tanpa berhenti
suka menjadi sayang
masa lalu menjadi titik permulaan
masa kini mencari keserasian
masa depan dirancang

namun
hujan turun secara tiba-tiba
tanpa awan mendung menjadi petanda

segalanya punah sekelip mata
lenyap semua
bila kepercayaan menjadi mainan
bila hati diragui perasaannya

kini
mencari tapak untuk berpijak
kerana angan hanyalah awangan
hampir terjatuh namun masih cuba bertahan

tiada manusia yang sempurna
tapi alangkah baiknya
jika meminimumkan kesalahan
memaksimumkan kebaikan..

terhenti disini

masih begitu
seperti selalu
perasaan itu tidak pernah pudar

cuma
bezanya kali ini
langkahan itu terhenti

dengan rasa penat
ditambah lelah
kecewa, mungkin

toleh ke belakang,
tiada apa untuk disesalkan
usaha gigih telah dilakukan
mungkin bukan rezeki

kini
hanya doa yang mengiringi penantian
tiada lagi langkahan maju ke hadapan
terhenti dalam tawakal

hanya doa yang mengiringi rasa
hanya rasa yang setia menanti

kalau ajal maut ditangan Tuhan,
siapakah kita untuk menentukan jodoh pertemuan??


Tuesday, December 11, 2012

jauh

perkara yang paling jauh : masa silam..

tiada sesiapa yang mampu mengulang masa
masa lalu akan jd sejarah selamanya

kenapa kita x menghargai pe yg kita ada sekarang?
bknkah masa depan itu tidak pasti?
bknkah masa lalu itu tidak akan kembali??
 
salahkah?
kalau diri takut untuk rasa menyesal?
kalau diri takut untuk rasa bersalah??

tiada apa yang ingin dituntut
tiada apa yang perlu di mengerti

cukuplah sekadar menghargai
usaha demi usaha ini.

Sunday, December 2, 2012

selama ini

xtahu dimana ia bermula
dan xpernah terfikir bila ia telah bermula
setelah menyedari
segalanya telah begitu teguh
kuat sekali
tabah berkali-kali

kini
dalam hati
xmahu berhenti
xada perkataan 'mengalah'
teruskan..