BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 13, 2012

flashback

dr kejauhan hati ini menyukainya
tanpa sedar hati ini mula ingin mendekatinya

tiada diduga perkenalan itu bermula
dengan pengalaman yang tidak tersangka
dengan hati yang sangat berbunga-bunga

tanpa berhenti
suka menjadi sayang
masa lalu menjadi titik permulaan
masa kini mencari keserasian
masa depan dirancang

namun
hujan turun secara tiba-tiba
tanpa awan mendung menjadi petanda

segalanya punah sekelip mata
lenyap semua
bila kepercayaan menjadi mainan
bila hati diragui perasaannya

kini
mencari tapak untuk berpijak
kerana angan hanyalah awangan
hampir terjatuh namun masih cuba bertahan

tiada manusia yang sempurna
tapi alangkah baiknya
jika meminimumkan kesalahan
memaksimumkan kebaikan..