BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 31, 2013

EXCO INFORMASI,PENERBITAN & MULTIMEDIA KOLEJ KEDIAMAN MELATI SESI 2012/2013






ALHAMDULILLAH

 Selama hampir 2 tahun saya memegang posisi ini..Ya, terlalu banyak pengalaman suka duka, pahit manis, masam, kelat, masin, semua ada..Bukan mudah untuk memegang tanggungjawab.. Lebih sukar untuk bertahan dalam tekanan atas dasar tanggungjawab..

Kolej Melati?? Kolej kediaman Melati adalah salah satu kolej kediaman UiTM Shah Alam yang terletak bersebelahan Dataran Cendekia (DC) dan berhadapan dengan Menara S&T. Nak tau lebih lanjut?? Silalah klik link ini.. Secara dasarnya, Kolej Melati ini adalah kolej kediaman terbesar di UiTM Shah Alam (sama besar dengan kolej Mawar).

Sebagai salah seorang JPK Melati bersama 19 org yang lain, kami memikul tanggungjawab ala MPP peringkat kolej la gamaknyer..Oit, Bukan mudah kot.. Buat program, pegi program, segala ceruk diredah tuk kursus, segala aktiviti dirempuh..

Pengalaman?? Uisy, berbilion2 kot.. Dari laptop tu ada media player je, skang ni da advanced da sampai kmplayer,vlc,realplayer,winamp n sgalanyer ada..so xde la kisah video xley play kan..Dari pk "ok je kot microsoft 97" terus bertukar camni "kena upgrade microsoft a.s.a.p..da kuno sgt ni"..dulu langsung x explore adobe photoshop, skang ni macam ilmu wajib ada plak asenyer..

Itu cuma pengalaman langsung.. Secara indirect, ada org kata kat saya,

"Untungla g Tioman free, g Cameron free"
"Ko penah wat water rafting?"
"Bile plak ko g men paintball ni?"
"Bestnyer dapat dinner kat INTEKMA free.."
"Malam ni ko mkn free kan??"
"Lupa plak ko ada program, mst ko da mkn kan?"
 n etc..etc..etc..

 Tapi..tapi..
Yang "TAPI" biar sy simpan dlu k.. :)


Monday, July 22, 2013

Bila perlu
Kau ada
Peneman kala sunyi
Penghibur kala duka
Penglipur kala sepi
Yang setia tika gembira
Yang ada kala suka..

Bukan mudah mencari yang satu
Lebih sukar menjadi yang tunggal itu

Hanya hati yang mengerti
Hanya perlakuan menjadi bukti
Hanya perasaan menjadi hadir

Kekalkanlah rasa ini
Agar diri mampu mengerti
Yang hujan akan berhenti
Lalu mucul si Matahari
Membawa cahaya
Menerangi...

SALAM RAMADAN